Perjalanan ke Jeddah mengambil masa kira-kira 9 jam. Setibanya di Jeddah, saya, En. Azrin dan juga isteri disambut oleh staf Islamic Development Bank (IDM) - sdr Muhammad Zahran. Alhamdulillah urusan imigresen tiada sebarang masalah. Bahkan kami dimudahkan Allah dengan dapatnya merentasi selautan manusia yang sedang menanti urusan imigresen mereka selesai. Keluar dari Lapangan Terbang sdr Khaled pula membawa kami ke tempat penginapan. Alhamdulillah Prof Syukri dan Kak Zee sudi menumpangkan kami di apartment mereka di sepanjang tempoh kami berada di Jeddah ini.
Setiba di Jeddah waktu Maghrib baru sahaja masuk. Di sepanjang perjalanan menuju ke apartment Prof pemandangan umat Arab menunaikan solat secara berjemaah kelihatan di mana-mana - di tepi jalan, di sebelah kedai dan di ruang meletak kereta. Kedai-kedai juga ditutup. Sejuk mata apabila melihat umat Islam masih mengutamakan solat berbanding urusan lain. Di sini kami difahamkan sesiapa yang berjual beli sewaktu azan dan awal waktu solat akan ditngkap. Hmm.. Kalaupun dikata niat kebanyakan mereka menunaikan solat di awal waktu dan menghentikan kesemua urusan harian setibanya waktu azan dek kerana takutkan undang-undang yang ditetapkan, namun sekurang-kurangnya mereka masih boleh dibatasi dengan peraturan. Tidak seperti sebilangan kecil orang yang tidak sedikitpun gentar dengan undang-undang dunia mahupun undang-undang Akhirat.
Setibanya di apartment atau lebih tepat funduk, kami disambut oleh Prof, Kak Zee dan anak bongsu Prof - Ummu. Kami kemudiannya dijamu makan malam oleh Kak Zee. Alhamdulillah. Terasa seperti di tanah air sendiri. Kerana keletihan barangkali, selesai makan malam dan solat saya terus terlena... Layannn (minta izin pinjam istilah ya Fafau).
Assalamu'alaikum w.b.t
ReplyDeleteKak Sue, doakan saya di sini semoga Allah permudahkan segala urusan saya keranaNya.
Kak Sue, sampaikan salam saya kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Katakan saya rindu padanya.
Terima kasih Kak Sue.
Wassalam
Assalamu'alaikum w.b.t
ReplyDeleteKak Sue,
semoga sihat selalu.
Kak Sue, jangan lupa sampaikan salam saya buat Rasulullah s.a.w. Katakan kepada baginda s.a.w bahawa saya merinduinya.
Doakan juga supaya saya dipermudahkan segala urusan keranaNya.
Terima kasih.
Wassalam
Wa'alaikumussalam wrh wb.
ReplyDeleteRadieah,
Insya-Allah akak akan sampaikan dan laksanakan. Kami akan ke Madinah malam ini insya-Allah dengan menaiki bas. Doakan keselamatan dan kesejahteraan kami ya.
Alhamdulillah...
ReplyDelete