Saturday, February 16, 2013

LA TAHZAN, BERSYUKURLAH - BAIT INDAH FORWARDED BY SOMEONE





Hidup ini adalah untuk bersyukur.

Bersyukur pada insan yang menyakiti kita kerana dia-lah insan yang menabahkan hati kita.

Bersyukur kepada insan yang tidak mengendahkan kita kerana dia-lah yang memupuk kita supaya kita pandai berdikari.

Bersyukur kepada insan yang menjatuhkan kita kerana dia-lah insan yang memperhebatkan kemampuan kita.

Bersyukur kepada insan yang menyeksa kita kerana dia-lah yang menguji kesabaran kita.

Bersyukurlah dengan segala ujianNya kerana itulah yang meningkatkan keimanan kita.

Bersyukur dengan usia kita kerana sedetik masa lagi belum tentu kita masih bernyawa.

Semoga kita tenang dalam ujianNya.. Pasakkan keimanan kepadaNya ...kerana sesungguhnya Allah Maha Penyayang.