Friday, May 30, 2008

ALHAMDULILLAHI 'ALAA KUL-LI HAAL

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Alhamdulillah 'alaa kul-li haalin...

Tepat jam 11 pagi hari ini, 30 Mei 2008 saya telah menghantar 10 naskah tesis saya kepada Institut Pengajian Siswazah, Universiti Sains Malaysia dan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.

Alhamdulillah, tidak dapat saya menyatakan betapa bersyukurnya saya ke atas-Nya, Allah Rabbul 'Alamin kerana telah mempermudahkan segala urusan sehingga diizinkan tesis tersebut siap dan dapat dihantar pada masanya.

Walaupun mungkin saya merasakan yang saya tidak melakukan dan menghasilkan tesis yang terbaik, namun saya sangat-sangat bersyukur kerana proses menyiapkan dan menghantar tesis tersebut telah dipermudahkan-Nya.

Memang diakui bahawa usaha saya tidaklah setanding malah mungkin hanya setitis kecil sahaja berbanding selautan nikmat kemudahan yang telah Allah SWT kurniakan di sepanjang pengajian ini. Bahkan di sepanjang tempoh pengajian ini saya tidak pernah sunyi daripada melakukan kesalahan terhadap-Nya. Antaranya ialah tidak menguruskan nikmat masa yang telah dikurniakan kepada saya dengan sebaiknya. Juga tidak memanfaatkan ilmu dan bimbingan sebaik-baik pembimbing yang telah dikurniakan kepada saya dengan sepenuhnya. Semua ini adalah pengajaran bermakna buat saya dan saya berazam untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama di masa depan.

Kini, saya serahkan segala ketetapan dan keputusan tesis saya ini kepada Allah SWT, yang memiliki hati pemeriksa-pemeriksa tesis tersebut. Sesungguhnya, ketetapan-Nya adalah yang terbaik buat diri ini, di dunia dan di Akhirat, insya-Allah. Hanya tawakkal 'alahi dan doa yang dapat dipanjatkan kepada-Nya.

Alhamdulillah.

3 comments:

  1. Semoga anti dikurniakan kejayaan dunia dan Akhirat. Ana akan selalu mengikuti perkembangan anti.

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah syukur dan tahniah kepada Sukainah kerana telah menyelesaikan tugasan akhir- serahan 10 naskah tesis. Saya mendoakan supaya Sukainah dapat lulus dengan cemerlang semasa viva nanti.Kami semua akan berada di belakang dan menyokong semasa viva nanti. Sama2lah kita nantikan tarikhnya. Selamat berjaya. InsyaAllah.

    ReplyDelete