Akhir-akhir ini ramai yang bertanya tentang Program Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam (MISDEV). Tidak menghairankan memandangkan tawaran untuk memohon program MISDEV bagi kemasukan 2011 sedang dibuka kini. Mungkin mereka yang bertanya ini sedang menilai apakah program yang akan dipohon ini sesuai dan bermanfaat buat mereka ataupun tidak.
Kalau hendak diterangkan secara terperinci tentang MISDEV dirasakan tentu memakan ruang yang cukup banyak kerana terlalu sarat yang perlu dan ingin diterangkan. Walau bagaimanapun, dalam kesempatan ini biarlah semua penerangan itu diwakilkan dengan gambar foto kerana bak kata orang putih - "A picture is worth a thousand words".
Jadi, kiranya masih lagi ditanya; "Apakah yang ada dalam MISDEV?". Jawapannya - ia merupakan perjalanan dan pengalaman:
Jadi, kiranya masih lagi ditanya; "Apakah yang ada dalam MISDEV?". Jawapannya - ia merupakan perjalanan dan pengalaman:
MENEROKA BIDANG KEILMUAN BARU
MENGUTIP ILMU UNTUK PEMBANGUNAN MINDA DAN JIWA
MEMUPUK RASA BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENUNAIKAN PERANAN ASAS SELAKU HAMBA-NYA
MELATIH MENGHASILKAN YANG TERBAIK DALAM PENGAJIAN TERMASUK PENULISAN DAN PENYELIDIKAN
MENERIMA PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN ATAS USAHA DAN JERIH PAYAH DALAM MENGHASILKAN YANG TERBAIK
Setiap tahun ISDEV mengadakan anugerah untuk menghargai pelajar yang cemerlang. Gambar - sdri Shafiza Shaari merupakan antara enam pelajar yang menerima Anugerah Disertasi Cemerlang ISDEV 2011
MELATIH MEMBENTANG DAN MENYAMPAIKAN IDEA DAN PEMIKIRAN SECARA LISAN DI KHALAYAK
Di sepanjang tempoh pengajian pelajar MISDEV dilatih membuat pembentangan dalam wacana ilmiah sama ada di peringkat dalaman ISDEV, di peringkat USM, peringkat nasional dan juga peringkat antarabangsa. Gambar - Zaleha Embong membentangkan disertasi beliau sebelum diserahkan untuk diperiksa. Disertasi Zaleha ini juga telah diangkat sebagai pemenang Saguhati Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin 2010
MENEMPUH KAEDAH PEMBELAJARAN YANG UNIK DAN BERBEZA
MENCUNGKIL BAKAT-BAKAT TERPENDAM DAN TERMENDAP
MELAKUKAN MUSAFIR ILMU SEBAGAI MENERUSKAN TRADISI PENCARIAN ILMU ULAMA SILAM
Gambar - Musafir ilmu ke Acheh pada Oktober 2010 yang dianjurkan oleh pelajar MISDEV2010WISATA ATAU RIHLAH UNTUK LEBIH MENGENALI RAKAN SEPERJUANGAN DAN GURU-GURU SERTA MEMPERKUKUH UKHWAH DAN SILATURAHIM SESAMA WARGA ISDEV
MENGHASILKAN DAN MERASAI UKHWAH DAN SILATURAHIM YANG LUAR BIASA SESAMA RAKAN
Gambar - Aksi dan tingkah para pelajar MISDEV2010 selepas majlis Berbuka Puasa ISDEV 2010
DAN SESAMA PELAJAR DENGAN GURU
SERTA DENGAN AHLI KELUARGA PELAJAR
DAN PARA IBU BAPA
JUGA... MENERIMA SEGULUNG IJAZAH
Gambar - Pelajar MISDEV2008 selepas berkonvokesyen pada Mac 2010
Kiranya masih inginkan maklumat berkenaan MISDEV atau sudah menetapkan pendirian untuk memohon, layarilah:
http://onlineips.usm.my/admission/
http://www.ips.usm.my/index.php/article-mixed-mode/269-master-of-social-science-islamic-development-management
http://isdev.usm.my/index.php/en/
http://onlineips.usm.my/admission/
http://www.ips.usm.my/index.php/article-mixed-mode/269-master-of-social-science-islamic-development-management
http://isdev.usm.my/index.php/en/
ISDEV TERBAEK =)
ReplyDeleteMengkagumkan!
ReplyDeleteI LUV ISDEV....
ReplyDeleteISDEV tetap dihati....
:)
Ummu: Terima kasih sebab singgah di blog ini
ReplyDeleteAnonymous: Alhamdulillah, semuanya atas keizinan Allah
Sal: Sal juga di hati kami. Bila nak register?
Sesiapa yang buat Master di Isdev, akan terikat hati dengan Isdev. Jarang sangat Alumni Master Isdev yang akan menyambung PhD di tempat lain. Sebab apa? Sebab kami sayang Isdev dan tak sanggup nak melepaskan pensyarah-pensyarah kami yang tercinta.
ReplyDelete