As-Salaam dan selamat sejahtera semua. Setelah sekian lama tidak bertinta di sini, hari ini terasa ingin mencoret sesuatu. Sebenarnya tiada apa yang terlintas untuk dinukilkan tika ini. Cuma rasa sakit mata tatkala melihat blog ini terbiar usang begitu lama. Saat ini terasa ingin menghayati bait kata-kata Imam al-Ghazali ini. Moga ia boleh menjadi bekalan dan panduan hidup ini, insya-Allah.
Berkaitan kata-kata ini ingin saya petik wahyu Allah dalam al-Qur'an yang menceritakan akhlak Rasulullah dalam berhadapan dengan masayarakat Jahiliah:
“Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Surah Ali-Imran, ayat 159)
Jadi, tatkala kita berakhlak yang sebaliknya yakni bersikap kasar, pemarah dan tidak beradab, cuba kita bertanya - peribadi siapakah sebenarnya yang kita teladani?