BUKAN MUDAH
Tanbihul Ghafilin:
- Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud
" Sesiapa sahaja isteri yang
meninggal dunia sedang suaminya redha terhadap pemergiannya maka ia akan masuk
syurga".
- Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud "
Apabila seorang isteri telah mendirikan solat 5 waktu dan berpuasa di bulan
ramadhan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya maka diucapkan
kepadanya masuklah syurga dari mana-mana pintu syurga yang kamu
kehendaki".
- Seorang perempuan datang ke hadapan Nabi s.a.w.
lalu berkata " Wahai Rasulullah s.a.w., saya adalah wakil kaum wanita untuk
menghadap tuan. Berperang itu diwajibkan oleh Allah swt hanya atas kaum lelaki,
jika mereka terluka maka mendapat pahala dan kalau terbunuh maka mereka adalah
tetap hidup di sisi Allah swt, dan dicukupkan rezeki (dengan buah-buahan
syurga). Dan kami kaum wanita selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu
melayani mereka dan membantu keperluan mereka) maka apakah kami boleh ikut
memperolehi pahala berperang itu?" Maka Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud " Sampaikanlah kepada
wanita-wanita yang kamu jumpa bahawa taat kepada suami dengan penuh kesedaran
maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah swt, tetapi
sedikit sekali daripada kamu sekalian yang menjalankannya"
- Wajib bagi seorang isteri :
- Merendahkan pandangannya di hadapan suaminya.
- Tidak khianat terhadap suaminya ketika ketiadaannya termasuk juga hartanya.
- Menunaikan hajat suami bila diajak oleh suaminya biarpun sewaktu sibuk atau
susah ( Rasulullah mentamsilkan walau berada di punggung unta sekalipun)
- Meminta izin suami untuk keluar dari rumahnya.
Diceritakan dari Rasulullah s.a.w. bahawa
baginda bersabda maksudnya: "Sesungguhnya semua burung di udara, ikan-ikan di
air dan malaikat di langit meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti
kepada suaminya dan sentiasa dalam keredhaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di
kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari
Allah swt dan malaikat serta semua manusia".
Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya
maka ia dalam kemurkaan Allah swt sehingga ia dapat membuat suasana yang
menggembirakan suaminya dan mohon kerelaannya.
A'isya r.a. berkata: "Wahai kaum
wanita, seandainya kamu mengerti kewajipan dirimu terhadap suamimu tentu seorang
isteri akan menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan
mukanya."
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya 'tidak pernah
aku melihat kebajikanmu sama sekali' maka hancur leburlah pahala amal
kebajikannya."
Nabi s.a.w. bersabda " Sesiapa isteri yang meminta cerai daripada
suaminya tanpa sebab-sebab yang sangat diperlukan maka haramlah bau syurga ke
atasnya."
Hadith Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah
swt tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada
suaminya."
Nabi s.a.w. bersabda maksudnya "Urusan pertama yang ditanyakan kepada isteri
pada hari qiamat nanti ialah mengenai solatnya dan mengenai urusan suaminya
(apakah menjalankan kewajipannya terhadap suaminya atau
tidak)"
Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: " 4
perempuan yang berada di neraka ialah
- Perempuan yang kotor mulutnya terhadap
suaminya; suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya
bersamanya ia mengherdiknya.
- Perempuan yang memaksa suaminya untuk
memberi apa yang di luar kemampuan si suami.
- Perempuan yang tidak mempunyai tujuan
hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia enggan berbakti kepada Allah swt dan
enggan berbakti kepada suaminya ( seorang isteri yang bersifat begini akan
dilaknati Allah swt kecuali bertaubat)
- Wanita yang tidak menutupi dirinya dari
kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihakan
kecantikannya (untuk menarik kaum lelaki).
Al-Hakim bercerita bahawa seorang perempuan
berkata kepada Nabi s.a.w. "Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku, oleh
itu berilah peringatan kepadaku tentang kewajipan seorang isteri terhadap
suaminya, kalau kebajikan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia
dikahwinkan." Maka baginda bersabda: "
Andainya mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suaminya lalu dia
(isteri) menjilatnya maka itupun belum dianggap menjalankan kewajipannya
terhadap suaminya. Sekiranya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia
lain, nescaya daku perintahkan para isteri sujud di kaki suami mereka".
Berkatalah perempuan itu, " Demi Tuhan yang mengutuskan tuan, aku
tidak akan berkahwin selama dunia ini masih ada."
Seorang isteri hendaklah menyedari bahwa seorang suami bagi isteri adalah
bagaikan ayah bagi seorang anak kerana taatnya seorang anak kepada ayahnya dan
memohon keredhaannya adalah wajib. Seorang suami pula tidak wajib mentaati
isteri.
Menjadi pendorong serta penasihat dalam hal-hal
agama serta kebajikan.
Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.
Segala tingkah laku dan perbuatannya hendaklah
menyenangkan hati suami.
Sentiasa menambahkan ilmu agamanya serta amalannya dengan apa cara sekalipun
seperti dengan membaca serta mengikut majlis-majlis agama.
Demi cinta terhadap suaminya, seorang isteri
akan melakukan khidmat dan bakti kepada suaminya dari sebesar-besar perkara
sehinggalah kepada yang sekecil-kecilnya seperti mengerat kuku, memotong misai
dan meminyakkan rambut suami.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Siti Fatimah r.a.: " Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan
janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya maka Allah swt akan
memberinya minum dari air syurga yang mengalir di sungai-sungainya dan dijadikan
kuburnya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga."
Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama
ia berbuat demikian, selama itulah ia didoakan keampunan oleh para malaikat.
Dikatakan sekiranya isteri membawakan air kepada suaminya dengan senyuman maka
ia mendapat pahala amalan puasa sunat satu tahun.
Memasak mengikut kesukaan atau selera suami.
Menampal baju atau pakaian suami yang
koyak.
Siapkan barang-barang keperluannya seperti sikat, celak, miswak, cermin dan
minyak wangi di dalam satu bekas (sunnah).
Ikut kemahuan suami dalam masa bergurau senda,
memicit, mengipas dan sebagainya.
Sumber: Info Muslimah
No comments:
Post a Comment