Saturday, August 01, 2009

AHLI KELUARGA BARU ISDEV

Sekembali ke tanahair tugas hakiki di USM sudah sedia menanti. Berkebetulan tarikh kepulangan kami serentak dengan bermulanya semester baru bagi sidang akademik yang baru. Bersempena dengan sidang baru ini ISDEV menerima 21 lagi ahli keluarga baru. Mereka merupakan pelajar baru yang mendaftar untuk program Sarjana Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam) - MISDEV. Mereka juga merupakan kumpulan kedua mendaftar program MISDEV selepas kumpulan pertama mendaftar pada tahun lalu. Selamat datang, ahlan wa sahlan diucapkan. Moga-moga kehadiran mereka ini menambah meriah lagi usaha untuk meninggikan Islam dalam bidang akademik di ISDEV. Ameen.


No comments:

Post a Comment