Saturday, December 25, 2010

KEBAIKAN DI TENGAH KEJAHATAN

Fitrah diri manusia cenderung untuk melahirkan terima kasih kepada insan yang menghulurkan kebaikan dengan cara cuba membalas kebaikan tersebut. Begitulah lumrah kehidupan, apabila orang berjasa kita berterima kasih. Anak-anak berterima kasih kepada ibu ayah yang mengasuh dan memelihara dengan penuh kasih sayang sedari kecil. Murid berterima kasih kepada guru yang membimbing dan mendidik serta menunjuk jalan yang betul dengan ilmu dan tarbiyah.

Namun hari ini dilihat rasa berterima kasih, rasa menghargai dan dihargai seolah merupakan istilah yang sungguh sepi. Di Terengganu dua bulan lepas misalnya seorang ibu ditumbuk anaknya sehingga koma. Tahun lalu pula menyaksikan kereta seorang guru dilempar bom petrol oleh pelajarnya di Kedah.

Perbuatan dan sikap negatif sebenarnya lahir daripada fitrah yang telah rosak. Ia berpunca daripada hati yang tidak bersih dan gersang daripada sifat mahmudah. Hati yang sebegini merupakan sifat hati yang kotor dan sarat dengan mazmumah. Ia akan sentiasa mendorong anggota lahir melakukan kejahatan.

Sebaliknya fitrah hati yang bersih pula akan cenderung kepada kebaikan - rasa berterima kasih kepada orang yang menghulur kebaikan, rasa menghormati orang yang lebih tua, rasa kasihan kepada orang yang mengalami kesusahan dan sebagainya.

Proses mendidik jiwa untuk menyuburkan fitrah hati yang baik dan mencantas sifat-sifat hati yang jahat dinamakan mujahadah. Menerusi mujahadah, mahmudah atau sifat-sifat terpuji dapat disuburkan manakala mazmumah atau sifat-sifat terkeji pula dapat dibendung.

Hati yang subur dengan sifat mahmudah akan mampu mempertahankan kebaikan walaupun berada di tengah-tangah kejahatan, walaupun berhadapan dengan kejahatan. Apa lagilah kalau sekiranya berada di tengah-tengah kebaikan. Kebaikan akan mendarah daging dan sentiasa dilahirkan tanpa mengira tempat, masa atau terhadap siapa.


Firman Allah SWT "Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib." [Fussilat, 41:34]

Thursday, December 16, 2010


ISDEV RESEARCH DISCOURSE

APPROACHING KNOWLEDGE: SECULAR AND RELIGIOUS
by
DR. MUHAMMAD AFIFI AL-AKITI
[Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) Fellow]


28 DECEMBER 2010 (TUESDAY)
9.30 AM - 12.00 PM
CO5 MEETING ROOM, ISDEV, SCHOOL OF SOCIAL SCIENCES

All Are Cordially Invited!




BIODATA OF SPEAKER

Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), also known as Shaykh Afifi - is a Fellow in Islamic Studies at the Oxford Centre for Islamic Studies, a Lecturer in Islamic Studies at the Faculty of Theology, University of Oxford and a Fellow of Worcester College, Oxford. He is the first ever Malay to be appointed to such a position in this world famous University.

Shaykh Afifi completed his DPhil in Medieval Arabic Philosophy from Oxford University as a Clarendon Scholar in 2008. His thesis identifies and systematically considers for the first time a group of philosophical writings, called the Madnun corpus, attributed to Islam's greatest theologian, al-Ghazali (d. 505/1111). His discoveries are based on a painstaking survey of nearly 50 medieval Arabic manuscripts. Besides acquainting scholars with this remarkable new body of source material, his three-volume study presents a critical edition of the most advanced and technical work of this corpus, the manual on metaphysics and natural philosophy called the Major Madnun.

Shaykh Afifi, who comes from Malaysia, is trained as a theologian and philologist in both the Islamic and Western traditions: educated originally at the feet of the ulama of the Muslim world, he subsequently received a First Class degree in Scholastic Philosophy and History of Science from the Queen's University Belfast, where he was awarded various scholarships to read for his Masters and Doctoral degrees at Oxford. His areas of expertise are Islamic theology, philosophy and science.

In 2009, along with Professor Muhammad Abdel Haleem and the IIIT, Shaykh Afifi was shortlisted for the Annual UK Muslim Awards, in one of its 15 coveted Awards for Excellence, the Allama Iqbal Award for Creativity in Islamic Thought.

In 2010, Shaykh Afifi was appointed Privy Councillor to the State of Perak, Malaysia, by the Crown Prince of Perak, Raja Dr Nazrin Shah.