Alhamdulillah, tanggal 4 Oktober 2012 permata hati sulungku dan suami telah selamat lahir ke dunia. Muhammad 'Ilman Aiman yang pada awalnya dijangkakan lahir pada 9 November 2012, lahir pada usia kandungan umminya 34 minggu. Syukur yang tidak terhingga, sekalipun usia kandungan 34 minggu, 'Ilman tidak perlu 'menginap' dalam inkubator di awal kelahirannya. Doktor mengesahkan 'Ilman cukup sihat dan sifat sebagaimana bayi yang cukup bulan.
Dengan berat 2.2kg 'Ilman lahir tanpa menyukarkan umminya. Tepat jam 4.21 petang cetusan pertama suara 'Ilman bergema di Bilik Bersalin Pearl Maternity Hospital setelah 20 minit umminya mengalami sakit bersalin. Abuya yang menemani di sisi sejak awal terus mengazan dan mengiqamahkan 'Ilman Setelah selesai barulah jururawat membawa 'Ilman untuk dibersihkan.
Seketika kemudian barulah ummi dapat menatap wajah 'Ilman betul-betul apabila jururawat menyerahkan kepada ummi setelah 'Ilman dibersihkan. Sungguh suci dan bersih. Indah sungguh perasaan ketika itu. 'Ilman kemudian ditahnik oleh abuya dan juga Profesor Muhammad Syukri Salleh yang hadir bersama keluarga berserta Lenny dan Inani.
Seawal umur 3 hari ummi dan abuya diuji dengan demam kuning yang menimpa 'Ilman. Oleh kerana tahap SBC 'Ilman agak tinggi 'Ilman perlu check-in ke dalam wad untuk menjalani fototerapi. Ummi dibenar tinggal di wad bersama. Oleh kerana hospital tidak menyediakan makanan yang sesuai untuk ibu berpantang, abuya tanpa jemu hadir 3 kali sehari membawakan makanan untuk ummi sekali gus datang menjenguk 'Ilman. Selepas 9 hari berada di hospital, alhamdulillah akhirnya demam kuning 'Ilman sembuh dan 'Ilman dibenarkan untuk keluar.
Kini usia 'Ilman sudah dua bulan. Berat badan 'Ilman juga hampir mencecah 4kg. Alhamdulillah, 'Ilman semakin sihat dan mula pandai bermacam perkara. Terima kasih ya Allah ya Rahman ya Rahim atas anugerah yang sangat istimewa ini.
Alhamdulillah dan tahniah kepada Dr Che Su & keluarga!!
ReplyDeleteSelamat datang wahai anaknda 'Ilman ke dunia abuya dan ummimu...
Semoga yang terbaik dan yang baik-baik sahaja Tuhan sentiasa anugerahkan kepada anaknda 'Ilman didunia dan diakhirat.....menjadi penyejuk mata serta penghibur hati kepada semua
As-Salam.
ReplyDeleteTahniah saya ucapkan kepada Dr. Fadzila Azni dan suami atas kelahiran cahaya mata - anugerah Allah yang tidak terhingga. Semoga 'Ilman menjadi cahaya mata yang soleh dan penyejuk hati kalian berdua. Amin.
Alhamdulillah. Comey la dr. Syukur & tahniah atas kehadiran baby. Semoga semakin ceria. Semoga baby jadi anak soleh.
ReplyDelete