Firman Allah Subhana wa Taala yang maksudnya "Sesungguhnya solat itu mencegah daripada fahsya' dan mungkar" (al-'Ankabut, 29:45)
Sabda Rasulullah Salallahu 'alaihi wassalam yang maksudnya: "Barangsiapa yang sembahyangnya tidak
dapat mencegahnya daripada maksiat dan kemungkaran maka tidak bertambah
dekat dia dengan Allah, melainkan bertambah jauh daripada Allah."
(Hadith riwayat At-Tabrani).
Orang yang banyak bersolat dan banyak beribadah tetapi solat dan ibadahnya tidak memberi apa-apa kesan pada diri, hati dan akhlaknya melambangkan solat atau ibadahnya itu tidak disertakan roh solat atau roh ibadah. Bermakna solat atau ibadah itu tiada penghayatan dan penjiwaan. Solatnya itu hanyalah aktiviti atau senaman lahir yang tidak ada jiwa dan tidak dihayati. Solat yang sedemikian hanyalah sia-sia kerana ia tidak memberi apa-apa kekuatan termasuk kekuatan untuk menghindari fahsya', kekuatan untuk menjauhi mungkar dan kekuatan untuk membangun dan berubah menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah. Oleh itu, sekiranya masih payah menghindari fahsya', masih sukar menjauhi mungkar, masih belum terbangun insan dan masih belum halus akhlak, bertanyalah - sudah solatkah kita selama ini dalam erti kata yang sebenar?
No comments:
Post a Comment