Tuesday, October 31, 2006

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah, hari ini saya diberikan ilmu tentang blogging oleh penyelia Tesis PhD saya, Profesor Muhammad Syukri Salleh. Profesor Syukri bukanlah merupakan pensyarah Teknologi Maklumat atau pensyarah di bidang pengkomputeran. Bidang kepakaran beliau ialah Pengurusan Pembangunan Berteraskan Islam. Namun pengetahuan beliau dalam hal-hal semasa amat luas. Banyak ilmu yang telah disampaikan kepada pelajar-pelajar beliau. Membangunkan blog ini merupakan satu daripadanya. Alhamdulillah, kerana Allah menemukan saya dengan penyelia yang sedemikian.

Apabila berjaya membangunkan blog ini, saya lantas bertanya kepada diri apakah perkara yang ingin saya catatkan di dalam blog ini? Apakah temanya? Dalam keadaan yang kesuntukan masa (kerana sibuk dengan penulisan tesis kedoktoran dan menguruskan dua buah kursus secara sambilan), tentunya tidak banyak catatan yang dapat dibuat. Lebih-lebih lagi, saya bukanlah merupakan seorang yang dapat menterjemahkan idea kepada tulisan dengan baik. Masih banyak yang perlu dipelajari. Setelah beberapa hari berfikir, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menjadikan blog ini sebagai medan untuk mendalami lagi pengetahuan agama saya, medium buat membangunkan jiwa saya (medium buat membangunkan jiwa para pembaca juga, Insya-Allah) dan alat untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Moga-moga dengan itu, perjalanan kehidupan saya sehari-hari mendapat 'input-input' yang dapat meningkatkan keimanan saya. Terutama sekali dalam keadaan diri yang sibuk ini, sekurang-kurangnya saya dapat pastikan hati dan jiwa saya mendapat 'makanan' yang secukupnya dalam tempoh yang sepatutnya. Kerana, menurut Fathul Mansuli (kalau tidak silap saya) hati yang tidak diberi makan (dengan ilmu-ilmu yang haq) dalam tempoh 3 hari akan menjadi mati. Tentu menjadi kerugian pada diri saya sendiri (dunia dan Akhirat) dan juga kepada bangsa dan negara sekiranya saya kelak menjadi graduan kedoktoran di dalam bidang Pengurusan Pembangunan Berteraskan Islam tetapi punya hati yang mati... Wal ’iyazubillah. [Ilustrasi dari bahan terbitan Karya One Sdn Bhd]

6 comments:

  1. Tahniah! Satu usaha yang bagus. Semoga lebih ramai lagi ahli-ahli akademik di Malaysia cuba menyampaikan idea mereka dalam medium yang luas ini. Teramat kurangnya perbincangan ilmiah di Malaysia yang menggunakan blog sebagai alat penyampai maklumat. Usaha saudari pastinya memberi sumbangan yang amat bermakna kepada para pelajar IPT dan mereka yang terlibat dalam bidang yang sama. Semoga Allah SWT memberkati. Amiinn.

    ReplyDelete
  2. Satu usaha yang baik tapi kenalah konsisten dan istiqamah. Bagaimana saudari membahagikan masa? Itulah jwapan yang sedang saya cari bagi menyelesaikan kemelut tersebut!

    ReplyDelete
  3. tahniah saya akan terus mengikuti perkembangan selanjutnya.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas segala pandangan, komen dan ucapan. Moga-moga diberi kemudahan dan kelapangan oleh-Nya untuk saya terus berkarya kerana-Nya.

    ReplyDelete
  5. Aassalamualaikum..... Alhamdulillah, berbangga saya merakamkan Tahniah kepada Dr. (Dr.Sue) dalam laman sesawang ini. Memadailah andai saya memuji keperibadian Dr. sebagai seorang insan yang dipilih untuk menjadi pendidik olehNya yang maha esa dan sepanjang saya mengenali Dr. hinggalah pada hari saya mengirimkan Comment ini belum pernah saya melihat kusam diraut wajah Dr. melainkan penuh dengan manis senyuman....
    Dan saya bersyukur kerana diberi peluang oleh Dia yang Maha Pencipta untuk menjadi anak didik Dr. untuk program ijazah pertama saya.
    WALLAH WA'LAM ....Sekian

    WAN MOHD FADILLAH MAT

    ReplyDelete
  6. Wa'alaimussalam wrh wb.
    Wan,

    Alhamdulillah. Segala yang baik itu datang dari Allah...

    ReplyDelete