Monday, December 18, 2006

PENGURUSAN KUALITI YANG LAZIM


Majoriti meyakini pelaksanaan kaedah pengurusan kualiti menyeluruh atau TQM dalam sesebuah organisasi atau jabatan dapat memberi kesan yang positif kepada organisasi atau jabatan. Benarkah?

Secara ringkas, TQM merujuk kepada penekanan pengurusan yang berkualiti ke atas keseluruhan organisasi. Ia menekan komitmen pihak pengurusan untuk mencapai kecemerlangan dalam kesemua aspek pengeluaran produk dan penawaran perkhidmatan. TQM bukan sahaja melibatkan pihak pengurusan atasan organisasi tetapi juga keseluruhan ahli organisasi, pihak pembekal dan juga pihak pelanggan organisasi.

Pelaksanaan kaedah pengurusan TQM yang berkesan pula didasarkan kepada prinsip-prinsip kualiti yang dikemukakan oleh W. Edwards Deming, Joseph M. Juran, Philip Crosby dan Bill Conway. Prinsip-prinsip yang dimaksudkan ialah seperti yang berikut (Oakland, 1996):

14 prinsip pengurusan kualiti menurut Deming

1. Mewujudkan azam ke arah penambahbaikan produk dan perkhidmatan
2. Menghayati falsafah baru demi mewujudkan perubahan
3. Memberi tumpuan terhadap incoming-process dan bukannya end-process
4. Mencapai kualiti menerusi hubungan dua hala dengan pembekal
5. Meningkatkan usaha-usaha penambahbaikan proses dalam setiap aktiviti
6. Mengadakan kaedah latihan moden untuk melahirkan kakitangan yang terlatih dan berkemahiran
7. Mengadakan kaedah penyeliaan dengan cara moden untuk mengajar dan melatih pekerja
8. Memberi galakan kepada pekerja supaya berinovatif dan produktif
9. Mengatasi halangan komunikasi di antara jabatan
10. Memansuhkan matlamat berangka untuk tenaga kerja
11. Menghapuskan piawai kerja dan kuota
12. Mengalihkan rintangan yang menghalang pekerja bekerja mengikut masa
13. Mewujudkan program pendidikan dan latihan untuk pekerja secara berterusan
14. Mencipta struktur pengurusan atasan yang berupaya merealisasi kesemua 13 prinsip di atas di dalam organisasi

10 prinsip penambahbaikan kualiti menurut Juran

1. Membina kesedaran tentang keperluan dan peluang untuk penambahbaikan
2. Menetapkan matlamat untuk penambahbaikan
3. Membuat tindakan untuk mencapai matlamat
4. Memberikan latihan
5. Menjalankan program untuk penyelesaian masalah
6. Melaporkan kemajuan yang dicapai
7. Memberikan pengiktirafan
8. Mensasarkan hasil yang boleh diukur
9. Mencatatkan pencapaian
10. Mengekalkan momentum dengan menjadikan penambahbaikan sebahagian daripada sistem tetap dan proses-proses syarikat.

14 prinsip penambahbaikan kualiti menurut Crosby

1. Menunjukkan dengan jelas bahawa pihak pengurusan adalah komited kepada pengurusan kualiti
2. Membentuk pasukan penambahbaikan kualiti dengan wakil dari setiap jabatan
3. Menentukan di mana letaknya masalah semasa dan masalah potensi
4. Menilai kos kualiti
5. Meningkatkan kesedaran kualiti di kalangan pekerja
6. Mengambil tindakan untuk membetulkan masalah yang dikenalpasti
7. Menubuhkan jawatankuasa bagi melaksanakan pengurusan tanpa kecacatan
8. Melatih penyelia untuk memainkan peranan secara aktif untuk penambahbaikan kualiti
9. Menganjurkan hari ”Tanpa Kecacatan”
10. Menggalakkan individu menetapkan matlamat penambahbaikan
11. Menggalakkan pekerja menyampaikan kepada pihak pengurusan halangan-halangan yang dihadapi untuk mencapai matlamat penambahbaikan
12. Mengiktiraf dan menghargai ahli organisasi yang mengambil bahagian dalam usaha penambahbaikan
13. Menubuhkan majlis kualiti untuk tujuan komunikasi
14. Mengulang langkah penambahbaikan untuk memberi konotasi penambahbaikan kualiti merupakan proses tidak berkesudahan.

6 alat penambahbaikan kualiti menurut Conway

1. Kemahiran hubungan manusia
2. Tinjauan statistik
3. Teknik statistik mudah
4. Kawalan proses statistik
5. Pembayangan / penggambaran sesuatu proses, tatacara atau pengendalian
6. Kejuruteraan perindustrian

Dengan mengharapkan ia dapat memberi kesan yang positif, prinsip-prinsip kualiti yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh kualiti ini cuba diaplikasi sebaik mungkin di dalam hampir setiap organisasi pada masa kini.

Secara sepintas lalu, prinsip-prinsip yang dikemukakan ini tampak amat positif untuk direalisasikan. Tidak hairanlah, ramai penulis Muslim berpandangan kaedah pengurusan ini juga harus dilaksanakan di dalam organisasi Islam. Alasan yang dikemukakan: hal yang sama juga ditekankan dalam Islam.

Melihat dari sudut operasional, alasan sedemikian sememangnya tidak dapat dinafikan. Walau bagaimanapun, sekiranya diambilkira aspek tasawwurnya, epistemologinya, ontologinya dan aksiologinya; kaedah pengurusan TQM ini jauh berbeza dengan apa yang dituntut di dalam Islam. Hal ini akan dibincangkan secara lebih terperinci dalam bahagian-bahagian berikutnya di dalam blog ini, Insya-Allah. [Ilustrasi dari bahan terbitan Karya One Sdn Bhd]

4 comments:

  1. salam,

    tahniah & syabas kerana meneruskan usaha dakwah Rasulullah...

    moga berjaya hendaknya...

    wasalam

    ReplyDelete
  2. tima kasih ya fadzila, awak dah tolong saya dalam menjelaskan lebih detail n saya lebih faham pasal crosby. tahniah dan syabas. buat lah yang lain lagi coz dia amat membantu student baru cam saya

    ReplyDelete
  3. salam, apa yang membuatkan saya rasa pelik ialah pada masa sekarang masih ramai para ilmuan yg beragama islam khususnya ahli akademik atau pensyarah yang masih menolak mentah2 ketinggian ilmu dalam al-quran khususnya tentang pengurusan kualiti, saya hairan...mereka seolah2 tidak mengiktiraf keterangan2 yg ada dalam al-quran dan hadis serta athar para tabiin...sekadar berkongsi pengalaman...wallahu a'lam..

    ReplyDelete