Sunday, June 01, 2008

APA ITU KUALITI?

Dalam The Oxford Dictionary of Current English, kualiti diertikan sebagai kecemerlangan, keunggulan, ketinggian nilai dan mutu. Dalam kalangan tokoh-tokoh kualiti (quality gurus) pula kualiti dirujuk sebagai produk atau perkhidmatan yang ada ciri-ciri komersil (Shewhart), memenuhi kehendak pelanggan (Crosby, Ishikawa, Deming dan Feigenbaum), sesuai untuk kegunaan (Juran), berdaya saing (Ishikawa), tanpa kecacatan (Crosby dan Shingo) dan menghampiri kesempurnaan (Shingo dan Taguchi). Secara ringkasnya, kualiti menurut pentakrifan konvensional ialah sesuatu yang dipandang baik. Ukuran baik tersebut pula dilihat dari sudut kebolehniagaan. Ini bermakna sesuatu produk itu dikatakan berkualiti apabila ia ada nilai-nilai komersil, sesuai dengan kemahuan pelanggan, kompetitif dan tidak mempunyai sebarang cela sehingga ia dapat diniagakan dan mendatangkan keuntungan kepada pihak yang menghasilkannya. Begitu juga dalam penawaran perkhidmatan. Perkhidmatan yang berkualiti bermaksud mendengar, memberi respons dan melakukan sebarang bentuk usaha untuk memenuhi kehendak pelanggan sehinggalah pelanggan benar-benar berpuas hati. Tujuannya juga masih sama iaitu memperolehi keuntungan menerusi kepuasan pelanggan. Manakala pekerja yang berkualiti pula dikaitkan dengan tingkat produktiviti yang tinggi sehingga dapat membantu meningkatkan pendapatan dan keuntungan yang menjadi matlamat institusi dan syarikat. Persoalannya, apakah pengukuran kualiti sedemikian benar-benar mencukupi untuk menjadikan sesuatu produk, perkhidmatan bahkan kakitangan sebagai yang terbaik, cemerlang dan unggul? [Ilustrasi dari bahan terbitan Karya One Sdn Bhd].

9 comments:

  1. salam..
    boleh saya tahu tajuk tesis saudari?

    ReplyDelete
  2. W'salam.

    Terima kasih atas minat. Tajuk tesis PhD saya ialah "Kaedah Pengurusan Institusi-Institusi Pembangunan Berteraskan Islam di Malaysia". Oleh kerana kaedah pengurusan yang dipakai oleh majoriti institusi pembangunan Islam ialah kaedah pengurusan TQM, maka tesis saya memfokus kepada TQM.

    ReplyDelete
  3. Syukran atas pautan. Tahniah sbb berjaya siapkan tesis PhD. Insya allah doakan saya pula untuk sambung PhD dalam masa 5 tahun akan datang-Iskandar Zulkarnain

    ReplyDelete
  4. Terima kasih. Ya, didoakan moga-moga sdr berjaya mencapai hasrat sdr, insya-Allah.

    ReplyDelete
  5. Kelmarin saya menghadiri Konvensyan Pendidikan Antarabangsa di UMS; memperkatakan tentang KUALITI. Pagi ini saya buat carian apa itu hakikat kualiti. Blog saudari yang pertama muncul. Huraiannya simple dan padat. Semoga saudari maju jaya..berjaya dunia berjaya akhirat. Insyaallah.

    ReplyDelete
  6. Salam
    Saya ingin mengambil bbrp point dari artikel di atas untuk tujuan bahan penulisan artkel utk akhbar. Saya dari Bhgn Kualiti di Jabatan saya

    ReplyDelete
  7. salam ....byk gak buku yg dah saya bc pasal qulity. pg ni saja nak tgk pandangan org ramai pasal kualiti. blog saudari meringkaskan semua maksud quality yang penah saya baca. ia byk membantu..tq

    ReplyDelete
  8. salam saya nak ambik keratan di atas untuk tujuan esaiment...

    ReplyDelete