Khusus buat pembaca setia blog ini (apa adakah???), penulisan blog ini akan terhenti buat beberapa ketika kerana saya perlu menyiapkan diri menghadapi viva bagi tesis PhD yang dijadualkan pada tanggal 26 Ogos 2008. Sebelum menghadapi viva yang sebenar, saya akan dipersiapkan untuk satu mock viva yang dijadualkan pada tanggal 15 Ogos 2008.
Moga-moga diberikan kemudahan, kelapangan serta bantuan dari Allah untuk saya tempuhi viva ini dengan sebaik mungkin. Moga-moga Allah memberikan ketenangan dan melimpahi nur-Nya ke dalam hati ini saat saya menghadapi persoalan-persoalan yang bakal ditimbulkan semasa viva nanti. Moga-moga Allah SWT mengurniakan kesudahan yang baik kelak... kesudahan yang dapat memartabatkan Islam serta dapat memanfaatkan umat Islam... Amin, Amin, Amin Ya Rabbal ‘Alamin... [Ilustrasi dari bahan terbitan Karya One Sdn Bhd]
Saya ingin merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan sdri menghasilkan sebuah tesis. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, didoakan sdri dapat meraih gelaran Dr. Doa saya mengiringi perjuangan sdri untuk memartabatkan Islam. Akhir kata, salawat banyak-banyak................
ReplyDeleteDidoakan agar segala usaha diberkati Allah SWT dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.
ReplyDeleteSaya akan sentiasa doakan kejayaan anda, mudah-mudahan anda juga mendoakan kejayaan saya yang masih panjang perjalanan...
ReplyDeleteAll da best....
ReplyDeletebarang siapa yang memudahkan agama Allah, Allah akan memudahkan urusan bg nya...
salam..
ReplyDeletetahniah....!!! in advance
Semoga Allah kurniakan kecemerlangan semasa viva nanti.
ReplyDeleteFirman Allah SWT yang bermaksud: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (Q, 3:139)
ReplyDeleteMoga diberi ketenangan dan dipermudahkanNYA ... Moga tiada masalah dan jika ada, diberi kekuatan untuk menghadapinya, Insya Allah...
ReplyDeletemoga diberi kekuatan...
ReplyDeletemoga diberi ketenangan...
moga diberi ketabahan...
moga diberi keteguhan
oleh Allah SWT
Semoga kejayaan dan keberkatan ilmu bersama sdri...
ReplyDeleteMoga Allah swt merahmati cita-cita dan usaha anti dan berjaya buat banyak lagi sumbangan yang hebat dalam bidang akademik.
ReplyDeleteMoga Allah mencurahkan hidayah dan karuniaNYA dan di kabulkan apa yang kamu cita dan cintakan AMIEN... Cepat-cepat ya nyambungin tulisan dalam blognya...
ReplyDeleteTahniah! Khabarnya anti dah berjaya tempuhi viva dan lulus dengan cemerlang. Segala puji bagi Allah di atas kejayaan tersebut. Moga-moga ia menjadi pemangkin kepada perjuangan...
ReplyDeleteMasih sibuk dengan tesis ke? Bagaimana dengan viva? Kenapa masih sepi blog ni.......????
ReplyDelete